Penstrukturan Semula MARA Tingkat Daya Saing Bumiputera Di Peringkat Global

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Cadangan penstrukturan semula Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini masih dalam proses penggubalan bertujuan memperkukuh daya saing Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan di peringkat antarabangsa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun Mara sudah membuktikan keupayaannya membantu golongan Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk mengukuhkan sumbangan agensi berkenaan kepada kumpulan sasar.

"Kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sedang melakukan perubahan dalam pentadbirannya seperti memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Jadi, kita tidak mahu (MARA) yang dikatakan tempat Melayu berpayung dan tempat bumiputera memperoleh biasiswa cuma sebagai slogan.

"Kita mahu tahu setakat mana pencapaian anak kita dalam pendidikan (sekarang). Bidang-bidang mana yang anak-anak kita harus fokus, sudah adakah anak-anak kita yang meneroka bidang bioteknologi sehingga peringkat pakar dan kepakaran mereka bukan sahaja dapat dipasarkan di rantau ini tetapi di peringkat dunia," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program MARA bersama rakyat di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Program berkenaan antara lain bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan pendidikan dan keusahawanan kepada penduduk setempat termasuk penduduk luar bandar. Menurut Shafie, dalam dunia global dengan persaingan yang kian sengit, anak-anak Melayu dan bumiputera tidak boleh lagi hanya memfokus kepada bidang konvensional tetapi perlu menerokai bidang pendidikan dan kepakaran lain kerana negara tidak boleh selamanya bergantung kepada kepakaran luar.

Mengenai penstrukturan berkenaan, Shafie berkata, kementeriannya sudah melantik konsultan untuk meneliti pelbagai perkara berhubung peranan MARA termasuk halatujunya terutama aspek pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang akan menjadi keutamaan.

Katanya, selain konsultan, kementeriannya turut mengambil pandangan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, pendidikan dan pembinaan untuk diteliti dan dijadikan input dalam proses penstrukturan itu agar MARA mencapai objektifnya membantu Melayu dan bumiputera.

"Kita tidak mahu nanti, kita memperuntukkan sejumlah wang yang besar tetapi kejayaannya tidak seperti yang diharapkan," katanya.

Menurut Shafie, kandungan draf penstrukturan MARA berkenaan dijangka dapat disiapkan dan diketahui pada tahun hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan