Lapan Pelajar Jalani Pembedahan Mata Isnin Ini

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan lapan pelajar Terengganu yang menghadapi masalah penglihatan akan menjalani pembedahan mata di Hospital Mata Tun Husein Onn di Kuala Lumpur pada Isnin ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, mereka adalah di kalangan 20 orang yang dikenal pasti berpotensi untuk dipulihkan penglihatan dengan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri juga akan menanggung kos penginapan keluarga yang menemani pelajar yang akan menjalani pembedahan mata ini selain turut menanggung kos rawatan di luar negara sekiranya pelajar-pelajar ini perlu dirujuk ke sana," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat bayi berusia sembilan bulan yang menghidap pelbagai penyakit kronik, Mohd Idhan Izuan Zamri, di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dekat sini hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri juga menimbang untuk membantu kos rawatan Mohd Idhan Izuan yang menghidap penyakit berkaitan saluran darah, saluran pernafasan sempit dan jantung berlubang menerusi saluran seperti Tabung Darul Iman.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Azura Jusoh, 26, berkata, Mohd Idhan Izuan telah dua kali menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), kali pertama semasa bayi itu berumur 27 hari untuk memulihkan saluran darah manakala pembedahan kedua semasa berumur empat bulan untuk rawatan saluran pernafasan.

"Pembedahan ketiga dijadualkan pada bulan Disember tahun depan namun kalau boleh saya harap ia dapat dipercepatkan memandangkan keadaan anak saya yang semakin lemah sekarang ini," katanya.

Terdahulu, Ahmad ketika merasmikan majlis penyampaian sijil program hafaz Muqaddam kanak-kanak Taska Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) berkata, 38 buah pusat jagaan kanak-kanak di bawah Program Perkembangan Awal Kanak-Kanak (Permata) dengan peruntukan kira-kira RM25.1 juta akan mula beroperasi mulai Januari tahun depan.

Katanya, Taska Keluarga Permata itu telah pun siap dibina di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Pusat itu akan dikelolakan oleh YPK Terengganu.

Taska keluarga Permata ialah Program Perkembangan Awal Kanak-kanak bermula sejak dilahirkan sehingga berumur empat tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan