Kanak-Kanak Tiga Tahun Dikhuatiri Lemas Di Tali Air

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan usaha mencari  Mohd Adam Abdullah, 3, yang dikuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air berhampiran rumahnya, hari ini. --fotoBERNAMA
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan usaha mencari Mohd Adam Abdullah, 3, yang dikuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air berhampiran rumahnya, hari ini. --fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Taman Desa Mesra di sini pada jam 1 tengahari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.15 tengahari sebelum usaha menyelamatkan Mohd Adam Abdullah dijalankan lima minit kemudian.

"Bagaimanapun sehingga jam 5 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari masih diteruskan oleh 37 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai telah mengikuti bapa saudaranya untuk memancing di tali air berkenaan sebelum dia dipercayai terjatuh ketika berada atas jambatan dan ditenggelami oleh arus deras.

Sementara itu, ibu mangsa, Nur Adlina Mohd Adnan, 19, berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan nenek mangsa keluar ke bandar untuk membeli barang.

"Pada pukul 1 tengahari saya dapat panggilan memberitahu anak saya terjatuh ke dalam tali air dan saya terus bergegas pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, sebelum ini anaknya tidak pernah mengikuti sesiapa untuk pergi memancing.

Nenek mangsa, Nuraziah Marsan, 40, pula berkata, mereka keluar dari rumah pada 12 tengahari tadi untuk membeli barang keperluan.

"Kebiasaannya Adam akan meminta susu apabila bangun dari tidur tetapi hari ini dia meminta duit dari ibunya sebelum dia diberi RM1," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan