Hujan Lebat Di Johor Berterusan Hingga Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning iaitu hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari masa ke semasa di Johor bermula hari ini dan dijangka berterusan sehingga Isnin.

Keadaan itu boleh menyebabkan daerah yang terlibat iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru mengalami banjir terutama di kawasan-kawasan rendah seperti berhampiran tebing sungai.

Keadaan yang sama dijangka berlaku di negeri-negeri pantai timur iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Selasa, menurut jabatan berkenaan dalam satu kenyataan di sini.

Di Kelantan, kawasan yang dijangka mengalami keadaan itu adalah jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu, kawasan yang terjejas adalah Dungun, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman, dan di Pahang daerah yang mengalami keadaan sedemikian ialah Kuantan, Pekan dan Rompin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan