Cadangan Beri Tanah Pada Orang Asli Perlu Teliti: Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Cadangan memberi tanah kepada Orang Asli perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara berhati-hati supaya ia memberi manfaat berpanjangan kepada golongan berkenaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, budaya Orang Asli seperti suka hidup berpindah-randah yang diwarisi sejak turun temurun perlu diambil kira dalam cadangan berkenaan kerana mungkin golongan itu tidak mudah meninggalkan cara hidup mereka secara mendadak.

"Yang penting bagi kita ialah untuk membantu mereka (Orang Asli). Kalau kita tahu bahawa dengan hanya merayau (hidup pindah randah) ini tidak akan memberi banyak manfaat, kita perlu juga melihat bagaimana untuk melonjakkan Orang Asli supaya mereka dapat hidup seperti masyarakat lain," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program MARA Bersama Rakyat, anjuran MARA dan Pemuda Umno Bahagian Semporna, di Dewan Masyarakat Semporna di sini, hari ini.

Katanya, mungkin ada di kalangan Orang Asli menganggap hidup berpindah-randah itu sesuai dengan mereka namun pada masa yang sama mereka juga perlu didedahkan dengan cara hidup lain supaya golongan itu tidak tertinggal daripada menikmati kemudahan pendidikan dan kesihatan yang disediakan kerajaan. "Kalau mereka terus hidup merayau, kita khuatir anak-anak mereka tidak dapat bersekolah," kata Shafie.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan wakil, persatuan dan badan-badan yang ada kaitan dengan Orang Asli bagi mendapatkan maklum balas bagaimana rancangan berkenaan dapat dijayakan.

Menurutnya, usaha mendedahkan Orang Asli dengan cara hidup masyarakat lain perlu diteruskan bagi membolehkan mereka memahami kaedah hidup masyarakat lain seterusnya menyesuaikan diri dengannya di samping terus mengamalkan adat tradisi mereka.

"Walaupun cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan perlu dibawa ke Parlimen sebelum dilaksanakan namun ia telah mendapat sokongan yang baik daripada menteri-menteri besar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan