Yusuf Al-Qaradawi, Yusof Noor Tokoh Maal Hijrah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah kepada Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kanan) ketika sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan tersebut.-Foto BERNAMA.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah kepada Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kanan) ketika sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan tersebut.-Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, hari ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai penerima, Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Dalam ucapannya, tokoh ilmuwan kelahiran Mesir itu berkata, beliau menghargai anugerah yang diberikan kepadanya namun apa yang lebih utama ialah kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.

“Hubungan dan perkenalan saya dengan Malaysia bukanlah baru hari ini atau pun semalam, malah ia adalah satu hubungan yang telah bermula sejak setengah kurun yang lalu.

“Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di sini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar.

“Saya juga telah sampai ke beberapa buah negeri di sini sehingga pernah satu ketika saya dibawa menaiki pewawat tentera bagi memudahkan saya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat.

“Saya juga ada bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada Umno mahupun PAS serta saya pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” ujarnya.

Menyusuri kisah hidupnya, tokoh ilmuwan ini telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam fiqh al-Zakat pada tahun 1973.

Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan

Beliau mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan anugerah tersebut.

Antaranya ialah Allahyarham Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Sementara itu, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Beliau turut menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan.

Dalam ucapannya, Yusof yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai bukti kejayaan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya sekadar mewakili mereka. Saya tidak fikir saya telah banyak membuat jasa namun ia akan menjadi cabaran kepada saya untuk menyumbang lebih banyak buah fikiran untuk pembangunan ummah,” katanya.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, generasi muda pada hari ini perlu mempunyai ketahanan diri dan mampu melawan cabaran budaya asing.

“Tuntutan kebendaan perlu dikurangkan, kita perlu memperkuatkan ketahanan diri agar dapat melawan gerakan materialisme. Jika tidak pada masa akan datang umat Islam akan menjadi lemah,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Justeru, perkara tersebut perlu diambil serius oleh semua pihak kerana minda golongan belia mudah terpengaruh dengan perkara yang bercirikan kebendaan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan