UK Hargai Hasrat Malaysia Mahu Kurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ikrar Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 40 peratus menjelang 2020 berbanding kadar pada 2005 membuktikan kesungguhan yang diletakkan kerajaan Malaysia kepada perubahan iklim, kata Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Boyd McCleary.

Beliau berkata United Kingdom (UK) menyambut baik kenyataan berhubung perkara itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim di Copenhagen semalam.

"Kesediaan Perdana Menteri untuk menyatakannya dengan tepat akan dapat membantu dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Copenhagen," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

McCleary berkata, kerajaan UK sependapat dengan Najib bahawa bergerak ke arah ekonomi dengan pelepasan karbon yang kurang merupakan satu-satunya jalan yang wajar dan menawarkan peluang penting kepada ekonomi baru muncul.

"Saya berharap agar ikrar Malaysia dan tawaran lain yang dibuat oleh negara maju serta membangun akan membantu kami mencapai sebuah perjanjian global yang hebat di Copenhagen bagi menghalang perubahan iklim yang berbahaya," katanya.

Semalam, Malaysia menyatakan persetujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 berbanding kadar pada 2005 tertakluk kepada bantuan daripada negara maju.

Ketika berucap pada Persidangan Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2009 di Copenhagen, Najib berkata pengurangan itu tertakluk kepada penerimaan pemindahan teknologi dan pembiayaaan yang mencukupi daripada negara maju.

Data PBB menunjukkan pelepasan gas karbon dioksida Malaysia pada 2006 ialah 187 juta tan atau 7.2 tan bagi setiap rakyat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan