Tiada Rebat Air Untuk Golongan Miskin Rahun Depan - Lim

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa rebat bil air yang diberikan kepada golongan miskin di negeri itu pada tahun ini, tidak akan dipanjangkan ke tahun depan.

Beliau berkata rebat bil air yang berjumlah RM17 juta itu diberikan pada tahun ini bagi membantu golongan miskin berikutan kenaikan harga minyak.

"Kita dah beritahu dulu bahawa rebat bil air itu diberikan sekali sahaja untuk membantu meringankan beban golongan miskin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kalendar Perdagangan Pulau Pinang 2010 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim mengenai rebat bil air berjumlah RM17 juta yang tidak dimasukkan dalam Bajet Pulau Pinang 2010 ketika dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Azhar dilaporkan berkata tahun lepas kerajaan negeri berjanji akan memberi kepada kira-kira 170,000 keluarga di negeri ini rebat bil air sebanyak RM100 dengan empat kali rebat atau RM25 untuk setiap bil.

Lim berkata Azhar sepatutnya faham bahawa rebat itu diberikan hanya sekali iaitu pada tahun ini.

"Mengapa kita nak bentang dalam bajet 2010 sedangkan rebat itu diberikan untuk tahun 2009," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan