Polis Disaran Guna Facebook Selesai Kes Jenayah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial 'facebook' sebagai alternatif dalam usaha untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata memandangkan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara oleh masyarakat, ia dapat membantu pihak berkuasa keselamatan itu dalam memerangi jenayah.

"Sebelum ini kita menggunakan khidmat SMS melalui Rakan Cop tetapi dengan pendekatan baru ini, diharap kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan segera.

"Contohnya dengan memaparkan gambar suspek bagi satu-satu kes melalui facebook, secara tidak langsung orang awam dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes itu kepada polis," katanya selepas membentangkan hasil makmal NKRA bagi mengurangkan jenayah pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway di sini hari ini.

Selain dapat membantu polis, beliau berkata penggunaan laman web sosial itu juga dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat.

Abdul Aziz berkata orang awam juga boleh membuat sebarang laporan dan aduan berkaitan masalah jenayah kepada polis menerusi laman web itu.

"Masalah jenayah sukar dibendung secara bersendirian oleh polis tanpa bantuan dan sokongan masyarakat.

"Jika masyarakat bersama-sama membantu melaporkan apa sahaja kejadian jenayah kepada polis, kita percaya sasaran untuk mengurangkan jenayah menjelang akhir tahun depan akan dapat dicapai," katanya.

Dalam pembentangan itu juga, orang awam disarankan supaya mendaftar sebagai Rakan Cop bagi memudahkan polis memperoleh maklumat dengan cepat.

"Orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis atau berjumpa dengan mana-mana pegawai polis bagi menyalurkan maklumat...hanya guna SMS sahaja," kata Abdul Aziz.

Mengenai pembentangan hasil makmal NKRA itu, beliau berkata maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu akan dibawa ke peringkat tertinggi untuk tindakan selanjutnya.

"Segala respons dan cadangan dari orang awam yang telah dikemukakan menerusi program yang diadakan ini, akan diserahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk diteliti," kata Abdul Aziz.

Sementara itu, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Elsie,42, berkata beliau menyambut baik langkah kerajaan mengadakan program GTP itu.

"Daripada sini saya dapat lebih maklumat berkaitan jenayah. Selain itu saya juga berpeluang memberikan pandangan agar pihak berkuasa terutama polis lebih peka terhadap tugas-tugas mereka dalam membantu masyarakat menangani jenayah," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Ismail Mohamad, 50-an, pula berkata sebagai sebuah badan yang menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat, PDRM seharusnya bertindak dengan lebih cekap dan cepat dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.

"Untuk masa-masa akan datang, sebolehnya kita tidak mahu kes-kes yang diadukan kepada polis mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jika ini masih berlaku sedikit-sebanyak ia mencalarkan imej PDRM itu sendiri," kata Ismail. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan