Pesakin Mental Mangsa Sindiket Penyeludupan Dadah Antarabangsa Diselamatkan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jeyakumar Ponniah, 34, yang mengalami skizofrenia, diabetes melitus dan hipertensi dipercayai cuba diperalatkan untuk menyeludup dadah ke Sao Paulo, Brazil. - Foto oleh The Star Abdul Rahman Senin
Jeyakumar Ponniah, 34, yang mengalami skizofrenia, diabetes melitus dan hipertensi dipercayai cuba diperalatkan untuk menyeludup dadah ke Sao Paulo, Brazil. - Foto oleh The Star Abdul Rahman Senin

PETALING JAYA: Seorang pesakit mental berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket penyeludupan dadah antarabangsa sebelum dibawa pulang ke tanah air pagi tadi.

Mangsa, Jeyakumar Ponniah, 34, yang mengalami skizofrenia, diabetes melitus dan hipertensi dipercayai cuba diperalatkan untuk menyeludup dadah ke Sao Paulo, Brazil.

Bagaimanapun dia ditahan di Lapangan Terbang Buenos Aires, Argentina pada 20 Jun lalu kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, tindakan pantas wakil Kedutaan Besar Malaysia di Argentina segera menuntutnya dan mangsa dijaga oleh Duta Malaysia di Argentina, Datuk Zulkifli Yaacob sebelum membawanya pulang ke tanah air.

"Hasil kerjasama yang erat antara Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dengan Wisma Putra, Interpol Bukit Aman dan Kedutaan Besar Malaysia di Argentina, kita akhirnya berjaya menyatukan Jeyakumar dengan ahli keluarga yang merindui dia," katanya pada sidang media di pejabat biro di sini hari ini.

Muhammad Khairun memberitahu, Jeyakumar sebelum sebelum ini telah dilaporkan hilang dan ahli keluarganya tampil kepada biro untuk memohon bantuan supaya membawa pulang mangsa dari Argentina.

"Kami cuba berhubung dengan pihak Wisma Putra dan kedutaan dalam usaha membawa mangsa pulang segera," jelasnya.

Menceritakan pengalamannya ditipu sehingga dia tiba di negaa Amerika Latin itu, Jeyakumar berkata, dia mengenali lelaki Nigeria bernama Philip melalui rakan baiknya, Haris.

Dakwanya, sebelum itu Haris menjanjikan pekerjaan kepadanya sebagai pengawal keselamatan tetapi tanpa disangka rupa-rupanya rakan baiknya itu bersubahat dengan lelaki Nigeria tersebut untuk memperdayakannya.

"Saya orang susah dan perlukan duit untuk menampung hidup dan membantu keluarga. Phillip kata nak beri saya kerja dan duit. Dia kata nak bagi saya kerja hantar barang ke luar negara. Dia suruh saya hantar lampu meja.

"Saya tidak sangka dia akan mempergunakan saya," katanya.

Sementara itu adik mangsa, Chitra Dewi Ponniah, 33, memeberitahu bahawa dia terkejut dengan tindakan Haris kerana keluarga mereka begitu mempercayainya ekoran telah mengenalinya lebih 15 tahun.

"Saya menganggap bantuannya sebagai ikhlas memandangkan pada ketika itu keluarga kami masih lagi bersedih dengan kematian dua ahli keluarga dalam masa satu setengah bulan. Tidak sangka abang saya diperalatkan begitu," katanya dalam nada kecewa.

Dalam pada itu, Chitra dan keluarganya berterima kasih kepada kerajaan, Pemuda Umno dan semua pihak yang telah membantu membawa abangnya pulang.

Malah dia turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pujukan dan rayuan orang yang tidak dikenali terutamanya warga asing.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan