Orang Awam Perlu Beri Kerjasama Banteras Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang awam perlu menyalurkan maklumat berhubung gejala rasuah bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan, kata Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah, Datuk Hisham Nordin.

Hisham yang ditemui pada sesi pembentangan makmal pada Program Gerak Transformasi Kerajaan (GTP) berkata hubungan dengan orang awam bagi mengekang rasuah adalah antara gerak kerja yang diutarakan makmal itu selain hubungan media dan azam politik.

"Tidak ada maknanya usaha kerajaan mengekang gejala rasuah ini sekiranya orang ramai tidak melibatkan diri dan membantu kami untuk membasmi masalah yang serius ini.

"Rasuah, sebagai satu permasalahan utama dan dipandang serius oleh rakyat, memerlukan komitmen kuat bermula dari peringkat atasan sehingga orang awam yang melaporkan setiap kejadian rasuah," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sunway, hari ini.

Sementara itu Azimah Din, seorang pegawai kerajaan berkata orang ramai perlu tahu bahawa mereka antara aset yang amat diperlukan kerajaan bagi membantu menghentikan gejala tidak bermoral itu.

"Memerangi jenayah bukan hanya mengurangkannya, tetapi hentikan terus, katanya," sambil menambah isu rasuah paling mendapat perhatian memandangkan gejala itu kini semakin berleluasa di negara ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan