Negara Maju Berhutang Besar Kepada Dunia, Kata Najib

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Malaysia berpendapat negara maju perlu lebih banyak berkorban ke arah menangani kesan perubahan iklim kerana mereka merupakan penyumbang besar kepada pemanasan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara maju sebenarnya berhutang kepada dunia dan sewajarnyalah mereka memberi sumbangan dana yang besar kepada negara membangun.

"Sebenarnya ia adalah berasaskan prinsip yang adil sebab merekalah merupakan penyumbang yang besar kepada pelepasan karbon," katnya kepada wartawan Malaysia bagi menjelaskan pendirian kerajaan yang dikemukakan pada Persidangan Perubahan Iklim di sini.

Najib dalam ucapannya pada persidangan itu, antara lain berkata cadangan diwujudkan dana AS10 bilion merupakan sumbangan yang terlalu kecil berbanding apa yang telah dilakukan oleh negara maju selama ini.

"Jadi saya sarankan dana berjumlah AS200 bilion diwujudkan terlebih dahulu sebelum ia kemudian mencecah AS$800 bilion.

Barulah semuanya bukan ungkapan retorik sahaja," katanya.

Menurutnya negara maju perlu melabur lebih banyak bagi mewujudkan "carbon sink" iaitu teknologi bagi meresap karbon.

Najib berkata walaupun Malaysia berpendirian supaya diwujudkan perjanjian yang bersifat perjanjian yang mengikat tetapi setakat ini ia seolah-olah sukar dicapai.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin dunia perlu sekurang-kurangnya menunjukkan komitmen politik terlebih dahulu sebelum disusuli dengan satu lagi perjumpaan awal tahun depan untuk menjadikan perjanjian yang mengikat.

Ditanya mengenai reaksi pemimpin lain terhadap kenyataan beliau, Perdana Menteri berkata beberapa pemimpin mengucapkan tahniah kepada beliau selepas ucapannya tetapi sukar diramalkan apa yang bakal dicapai pada persidangan 12 hari di ibu negara Denmark, yang berakhir Jumaat.

Najib juga diminta mengulas mengenai ketidakhadiran ramai Timbalan Menteri dan anggota Parlimen Barisan Nasional pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini yang hampir menyebabkan Belanjawan Negara tidak dapat diluluskan.

Katanya beliau memandang serius perkara itu dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata satu perjumpaan perlu diadakan bagi mengingatkan wakil-wakil mengenai tanggungjawab mereka untuk menghadiri persidangan Parlimen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan