Najib Gembira Kejayaan Bola Sepak Di Sukan SEA

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira di atas kejayaan pasukan bola sepak negara menggondol pingat emas di Sukan SEA, Laos dan berharap ini bukan kejayaan bermusim.

Perdana Menteri berkata beliau ingin melihat perubahan ketara dalam kedudukan pasukan bola sepak negara berbanding negara lain.

"Kita harus guna ini sebagai batu loncatan ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang," katanya kepada wartawan Malaysia selepas berucap pada Persidangan Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di sini Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menggulas kejayaan pasukan bola sepak negara yang akhirnya berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25 di Vientiane, Laos semalam.

Menyentuh mengenai kejayaan kontinjen Malaysia yang berjaya meraih 40 pingat emas setakat ini, Najib berkata ia adalah satu pencapaian yang baik berbanding sasaran minima negara iaitu 35 pingat emas.

"Tetapi masih ada lagi acara, dan mungkin kita akan tambah lagi (kutipan pingat)," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet Malaysia yang berjaya di sukan dwi tahunan itu dan menyifatkan kejayaan itu sangat merangsangkan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan