Kerajaan Mahu Reaksi Orang Ramai Berhubung NKRA

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala hari ini meminta orang ramai memberikan maklum balas berhubung enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

"Kami mahu anda (orang ramai) beri maklum balas, agar dalam bidang mana yang kami buat kesilapan, kami mahu membetulkannya," kata beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) semasa pembentangan mengenai NKRA pada hari terbuka GTP di sini hari ini.

Hari terbuka GTP itu, yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bermula semalam dan berakhir hari ini.

Idris berkata kerajaan menyedari bahawa orang ramai mempunyai banyak idea yang baik untuk dikongsi bersama mengenai enam NKRA itu.

Katanya, sebaik maklum balas itu dikumpul, ia akan dikaji oleh pasukan NKRA sebelum ia diterbitkan. Di bawah NKRA, beliau berkata kerajaan mahu memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, menambah baik pengangkutan awam, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, memerangi rasuah, mengurangi kadar jenayah dan kemiskinan di negara ini.

Bagi mencapai kejayaan, beliau berkata kerajaan telah mengambil pendekatan komprehensif bagi transformasi selain berkongsi pandangan dengan orang ramai dan mendapatkan maklum balas mereka.

"Kita akan memaklumkan rakyat mengenai apa yang kerajaan akan lakukan dan hasilnya kerana GTP merupakan satu usaha bagi memacu pencapaian Wawasan 2020

Perubahan fundamental ini penting dalam usaha mencapai wawasan itu," katanya. Kira-kira 1,000 orang menghadiri hari terbuka itu termasuk orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, penjawat awam dan penulis blog.

Lebih ramai dijangka menghadiri hari terbuka itu berikutan hari ini ialah cuti umum. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan