Tiga Kementerian Bincang Isu Industri Tenusu Negara

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johari Baharum (tengah) diberi penerangan mengenai alat pemerah susu yang dikenali 'Rotary Milking System' oleh Pengarah Urusan Syarikat First Dairy Farm (M) Sdn Bhd Datuk S Muhd Alwi Abdullah (kanan) ketika melawat syarikat itu di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA
Johari Baharum (tengah) diberi penerangan mengenai alat pemerah susu yang dikenali 'Rotary Milking System' oleh Pengarah Urusan Syarikat First Dairy Farm (M) Sdn Bhd Datuk S Muhd Alwi Abdullah (kanan) ketika melawat syarikat itu di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA

ROMPIN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas TanI (MoA) akan mengadakan mesyuarat khas dengan dua kementerian lain bagi menangani masalah yang dihadapi industri tenusu tempatan termasuk mengenai bekalan, harga dan kuota import dalam masa terdekat ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, satu perbincangan segera antara MoA akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya satu syarat konkrit dapat dikenakan kepada pihak pengilang bagi mengatasi masalah itu.

"Saya akan panggil satu mesyuarat dalam masa terdekat ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri tenusu pada masa ini memandangkan industri ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang boleh menampung keperluan susu negara, bagaimanapun ia mendapat kekangan untuk dipasarkan akibat masalah tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di First Dairy Farm (M) Sdn Bhd (Fidaf) di Bandar Muadzam Shah dekat sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan Fidaf terpaksa melupuskan sebanyak 16,500 liter susu segar berikutan gagal menjualnya kepada pengilang pada Selasa lepas dan beberapa hari sebelum itu ladang itu juga sudah melupuskan sebanyak 75,000 liter susu segar kerana masalah yang sama.

Ekoran itu, syarikat terbabit mendakwa terpaksa menanggung kerugian jualan kira-kira RM400,000 bagi tempoh tersebut.

Fidaf mendakwa pengilang enggan menerima susu segar tempatan kerana harganya lebih mahal berbanding susu segar import dari Australia dan New Zealand.

Mohd Johari berkata, mesyuarat itu juga akan meneliti jika ada keperluan untuk mengetatkan syarat kepada pengilang mengenai susu import kerana pengusaha susu tempatan kini sudah mampu menyediakan bekalan mencukupi kepada mereka.

"Ketika ini terdapat 10 pengilang produk tenusu di negara ini termasuk syarikat multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana," katanya.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran susu tempatan pada tahun ini pula ialah 61 juta liter setahun dengan 24 juta liter daripadanya adalah untuk kegunaan tiga pengilang utama di negara ini manakala 37 juta liter lagi untuk tujuh pengilang lain.

"Dalam perbincangan itu nanti juga saya akan meminta pengilang supaya menjaga kepentingan pengeluar susu tempatan termasuk mengadakan stok penimbal yang mampu menyimpang susu tanpa menjejaskan kualitinya," katanya. Beliau turut mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar supaya memantau pengeluaran susu tempatan serta perkembangan ladang susu bagi memastikan pengeluar dapat menyediakan bekalan secara berterusan.

Di Kuantan, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, nasib yang dialami oleh Fidaf itu bukan saja menyebabkan kerugian besar dialami syarikat tersebut, malah ia boleh melemahkan semangat pengusaha tempatan yang lain.

Beliau berkata, ini kerana syarikat itu memperuntukkan pelaburan yang besar termasuk membeli peralatan canggih dari Australia bagi memastikan dapat membekalkan susu segera kepada pengilang.

"Saya dukacita dengan masalah yang dialami First Diary Farm dan masalah itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco minggu depan.

"Kerajaan negeri juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan susu segar itu dapat dibekalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kerjaya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan