SPRM Akan Pastikan Keselamatan Saksi, Suspek Yang Disoal Siasat - Berita Semasa | mStar

SPRM Akan Pastikan Keselamatan Saksi, Suspek Yang Disoal Siasat

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan semua saksi dan suspek yang disoal siasat selamat sepanjang berada di bawah jagaannya, menurut Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"SPRM mengharapkan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak supaya ia dapat menjalankan tanggungjawab dengan profesional dalam memerangi jenayah rasuah," tambah kenyataan itu yang menyusuli keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menetapkan bahawa SPRM boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 19 November lepas supaya soal siasat SPRM perlu dilaksanakan dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang sahaja.

Mahkmah Tinggi membuat perintah itu dalam kes anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, 39, yang menyaman suruhanjaya itu dengan mendakwa penahanannya dan sesi soal jawab selama 16 jam baru-baru ini adalah tidak sah.

"Apa jua keputusan mahkamah, pegawai SPRM akan tetap melaksanakan tanggungjawab dan amanah tanpa tekanan daripada mana-mana pihak," menurut kenyataan itu.

SPRM baru-baru ini dilanda kontroversi selepas Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan