Satelit Malaysia Guna ASP Kumpul Data Terperinci

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggunakan Akaun Satelit Pelancongan (ASP) untuk mengumpul statistik lebih terperinci untuk membantu rancangan pembangunan sektor pelancongan negara, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan (DOS) Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof.

Beliau berkata, Malaysia adalah antara negara membangun terawal melaksanakan sistem itu untuk membekalkan maklumat lebih terperinci dalam merancang pembangunan sektor pelancongan oleh Tourism Malaysia.

"Penyiasatan menyeluruh ini bagi mengumpul data berkaitan profil pelancongan di Malaysia seperti corak perbelanjaan pelancong, perkhidmatan penginapan, agensi pelancongan dan destinasi tumpuan utama pelancong akan disalurkan kepada kerajaan dalam perancangan dan pembangunan ekonomi negara melalui sektor pelancongan," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara DOS dengan Tourism Malaysia di sini hari ini.

Wan Ramlah berkata, sebelum ini pengumpulan data memerlukan kos yang tinggi di samping membebankan responden kerana terpaksa mengisi borang soal selidik yang dikeluarkan pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, kerjasama ini merupakan langkah awal sebelum sistem itu diseragamkan sepenuhnya oleh semua agensi berkaitan di Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Victor Wee berkata, dengan ASP, pihaknya berupaya membuat perancangan dasar serta strategi pelancongan yang lebih baik untuk melonjakkan industri pelancongan negara di rantau ini.

"Ia berguna sebagai panduan oleh pihak kami dan Kementerian Pelancongan dalam merancang keperluan dan kehendak pelancong yang sentiasa berubah mengikut trend.

"Ia antara lain dapat membantu kami mengekalkan sektor pelancongan sebagai penyumbang kedua terbesar terhadap pendapatan negara," katanya.

Dr Wee berkata, sebelum ini, statistik jumlah pelancong asing ke negara diperolehi melalui Jabatan Imigresen dan data mengenainya tidak menyeluruh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan