Program Kerjaya ECER Mampu Atasi Masalah Pengangguran Di Pahang - Berita Semasa | mStar

Program Kerjaya ECER Mampu Atasi Masalah Pengangguran Di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Program Kerjaya di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berupaya mengurangkan masalah pengangguran di Pahang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, program itu bukan sahaja menawarkan kursus latihan dan kemahiran kepada penganggur, graduan dan lepasan sekolah, malah mereka berpeluang bekerja dan diserapkan di syarikat terpilih di negeri itu.

Adnan berkata, ECER bukan sahaja menjana ekonomi negara malah turut meningkatkan program pembangunan modal insan melibatkan tiga program utama iaitu program penempatan graduan, program penempatan pekerja dan program latihan kemahiran.

"Di bawah program penempatan graduan, graduan yang menganggur akan diambil bekerja selama sekurang-kurangnya dua tahun di syarikat-syarikat terpilih dan turut berpeluang untuk diserapkan sebagai pekerja tetap pada akhir tempoh dua tahun.

"Sepanjang tempoh sembilan bulan pertama itu, peserta akan diberi pendedahan kepada latihan di tempat kerja selain turut menerima gaji minima bulanan sebanyak RM1,200," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini, hari ini.

Menurut Adnan, ECER mensasarkan untuk menempatkan 360 pekerja di 60 syarikat yang terpilih di seluruh negeri ini bagi program itu.

"Selain itu, ECER turut mengendalikan program latihan kemahiran untuk mereka yang memerlukan pekerjaan dengan melibatkan lebih 2,000 peserta dan pada akhir tempoh latihan, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada mereka akan layak untuk ditempatkan dengan syarikat yang terlibat," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan