PNB Perjelas Isu Penamaan Waris Pemegang Saham Amanah

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pelabur amanah saham yang dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak dapat menamakan waris disebabkan tiada peruntukan yang khusus bagi penamaan waris di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.

Naib Presiden Bahagian Pembangunan Pendidikan dan Komunikasi Korporat PNB, Aziz Anuar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman telah menjelaskan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mempunyai sebarang peraturan yang tidak membenarkan penamaan waris.

Beliau menjelaskan demikian berhubung laporan Bernama semalam mengenai pelabur amanah saham yang dikendalikan oleh PNB kini yang tidak dapat menamakan waris disebabkan peruntukan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Perkara itu ditimbulkan semasa sessi soal jawab Hamad Kama Piah bersama orang ramai selepas majlis perasmian Promosi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) peringkat negeri Johor di Johor Bahru semalam.

Hamad Kama Piah berkata, apabila seseorang pelabur mati dan meninggalkan saham bernilai RM600,000 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 di pejabat Pentadbir Tanah, dan sekiranya melebihi jumlah itu, waris boleh memohon pembahagian pusaka di Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan