NKRA Luar Bandar: Sabah, Sarawak Sasaran Utama

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sabah dan Sarawak akan menjadi kawasan sasaran utama bagi meningkatkan infrastrukur asas luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memandangkan masih banyak kawasan luar bandar yang belum dibangunkan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah menteri yang menerajui usaha bagi meningkatkan infrastruktur di luar bandar dan pedalaman.

Usaha mengurangkan 50 peratus kelewatan dalam penyampaian projek-projek prasarana asas juga merupakan satu daripada sasaran di bawah NKRA, kata ketua Makmal NKRA bagi Infrastruktur asas luar bandar (RBI), Ahmad Zubir Abdullah Ghani.

Beliau berkata, pasukan itu telah mengenalpasti kelewatan sebagai masalah utama yang boleh menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek bagi meningkatkan infrastruktur asas.

"Sebagai contoh, pengambilan alih tanah mengambil masa hampir dua tahun untuk selesai dan kami mensasarkan untuk mengurangkan proses itu sebanyak 50 peratus," katanya kepada Bernama selepas melancarkan hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Kanan Makmal RBI Ramdan Baba berkata pasukan itu mensasarkan untuk meningkatkan empat kawasan asas prasarana termasuk jalan, perumahan, bekalan elektrik dan bekalan air.

"Kami mensasarkan untuk membina 7,000km jalan dan 50,000 perumahan baru di kawasan luar bandar dalam tempoh tiga tahun, dan menyelesaikan 140,000 isi rumah di kawasan luar bandar dengan bekalan elektrik dan 360,000 isi rumah dengan bekalan air," katanya semasa sesi penyampaian oleh makmal RBI di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan