Masalah Kekurangan Guru Akan Diatasi Sebelum Sesi Baru

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan waran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pada bulan ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru sebelum sesi persekolahan baru bermula Januari tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, persediaan awal ini bagi mengelakkan ada kelas-kelas tertentu tidak dapat dijalankan ekoran tiada guru yang mencukupi di sekolah yang terlibat.

"Kita minta waran GSTT itu dikeluarkan sebelum bermulanya sesi persekolahan pada 3 atau 4 Jan depan untuk menggaji mereka yang dipilih bagi mengajar serta mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Ini adalah langkah persediaan supaya bila pelajar-pelajar masuk ke sekolah nanti, masalah guru akan dapat diatasi dan apa jua temuduga yang perlu dijalankan pada masa ini, kita akan jalankan pada penghujung tahun ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penolong pengarah Bahasa Cina dari Jabatan Pelajaran Negeri dan penyelia SJKC dari seluruh negara, di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Mengenai pengambilan guru pelatih untuk memasuki program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia-Kursus Dalam Cuti (KPDM-KDC), Wee berkata, terdapat kira-kira 300 kekosongan.

Beliau juga berkata, dijangkakan kira-kira 400 orang guru akan bersara wajib pada Julai tahun depan di seluruh negara.

Berhubung isu membenarkan pelajar mengambil tambahan dua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wee menegaskan bahawa soal subjek tertentu dianaktirikan adalah tidak timbul.

Sebaliknya, beliau berkata, syarat-syarat memohon biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), MARA atau mana-mana agensi lain, telah dinyatakan dengan jelas oleh pengeluar biasiswa atau tajaan berkenaan mengikut keperluan masing-masing.

"Misalnya, dalam bidang perubatan, telah dinyatakan subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran teras Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam untuk orang Islam atau Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.

"Telah dinyatakan dengan jelas, tiada kesusasteraan Melayu, Cina dan Tamil dimasukkan. Dan syarat ini telah ditetapkan sejak diperkenalkan dan penerimaan masuk ke universiti berlandaskan mata pelajaran teras," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang meminta kementerian membenarkan pelajar mengambil 12 mata pelajaran dan tambahan dua mata pelajaran diambil kira dalam menentukan gred SPM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan