Mangsa Tragedi KB Mall Terima Sumbangan, Pampasan

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Tiga keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ngeri di pasaraya KB Mall di sini pada 6 Disember lalu, hari ini menerima pampasan dan sumbangan daripada pihak insurans melalui pengurusan Kolej Kejururawatan Masterskill, KB Mall dan kerajaan negeri.

Keluarga dua pelajar kolej berkenaan yang terbunuh dalam kejadian itu masing-masing menerima sumbangan dan pampasan berjumlah keseluruhan RM71,000 manakala keluarga seorang lagi yang cedera menerima sumbangan sebanyak RM2,000.

Ketiga-tiga keluarga mangsa itu menerima cek berkenaan yang disampaikan sendiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis ringkas di pejabatnya.

Turut hadir pada penyampaian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Masterskill Berhad, Datuk Edmund Santhara dan Pengurus KB Mall, Vincent Khor.

Bagi keluarga pelajar yang terbunuh dalam kejadian itu, Allahyarham Siti Nur Amira Shamsudin, 19, dan Allahyarham Siti Nur Diyanah Azman, 23, masing-masing menerima RM51,000 melalui skim insurans dan RM10,000 daripada pihak KB Mall manakala pengurusan kolej menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi setiap keluarga itu.

Manakala keluarga yang cedera iaitu Rashidah Ahmad Latfi, 19, menerima RM2,000 daripada pengurusan kolej tersebut. Kerajaan negeri bagaimanapun tidak menyatakan jumlah sumbangan kepada ketiga-tiga keluarga itu.

Allahyarham Siti Nur Amira itu diwakili bapanya, Shamsudin Abdul Rahman, 50; Allahyarham Siti Nur Diyanah melalui bapanya Azman Abdullah, 44; dan Rashidah oleh bapanya Ahmad Latfi Abdul Aziz, 55.

Sementara itu, Ahmad Latfi ketika ditemui berkata, Rashidah telah dipindahkan ke Hospital Besut, Terengganu malam semalam dan keadaannya semakin pulih.

"Kalau di Besut mudahlah kami melawat dan keadaannya nampak semakin baik kecuali pergelangan kaki kiri yang menghadapi masalah kerana patah," katanya.

Beliau berkata, mereka kini sedang berusaha untuk menuntut pampasan daripada KB Mall atas kemalangan itu.

Jurucakap kolej berkenaan berkata, Rashidah dibenarkan untuk mengulang semester pengajian yang kini tertangguh.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, ketiga-ketiga rakan yang menuntut di tahun satu diploma kejururawatan kolej berkenaan telah dihempap sebuah kereta yang terjunam dari tempat parkir di aras tiga.

Ketika itu ketiga-tiga mereka berada di eskalator di aras dua ketika kejadian malang itu berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan