Mangsa Kebakaran Di Semporna Terima Bantuan

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Shafie Apdal (kanan) menyampaikan bantuan berupa barang-barang dapur serta wang tunai kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat dekat sini, hari ini. --fotoBERNAMA
Mohd Shafie Apdal (kanan) menyampaikan bantuan berupa barang-barang dapur serta wang tunai kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat dekat sini, hari ini. --fotoBERNAMA

SEMPORNA: Semua mangsa kebakaran di Kampung Air dekat sini akan menerima bantuan daripada kerajaan untuk membina dan memperbaiki semula rumah mereka yang musnah atau hampir musnah dalam malapetaka tersebut.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal mengumumkan perkara itu hari ini selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Masyarakat Semporna di sini.

"Kita tidak akan membiarkan mereka berada dalam kesusahan dan kesedihan. Rumah yang musnah kita akan buatkan (baru) tapi tidaklah sebesar rumah yang terbakar, demikian juga yang mengalami kerosakan kita akan perbaiki," katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, 57 buah rumah musnah mengakibatkan 116 keluarga yang terdiri daripada 299 kanak-kanak dan 371 dewasa tinggal sehelai sepinggang.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna, turut mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua keluarga bagi meringankan beban terutama menjelang hari persekolahan anak mereka tidak lama lagi.

Mengenai kebakaran di kampung itu, Shafie meminta orang ramai supaya menjadikannya sebagai iktibar, sambil menambah kebakaran seumpama itu tidak mustahil akan berlaku lagi jika orang ramai tidak berwaspada.

Katanya, kebanyakan punca kebakaran adalah daripada api dapur, litar pintas atau pun kanak-kanak yang bermain api.

Shafie juga meminta Majlis Daerah Semporna membersihkan kawasan terbabit bagi mengelak perkara yang tidak diingini, dan memastikan tiada sebarang pembinaan dibuat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Supritendan Tan Guan Chin ketika ditemui pemberita mengesahkan penemuan tiga mayat daripada empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Mayat dikenal pasti sebagai Rashidah Markus, 10, dan adiknya Mulan berumur dua tahun, manakala satu lagi mayat belum dapat dikenal pasti.

Polis dan jabatan lain akan meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan