Lesen Kontraktor, Konsultan Digantung Sementara

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lesen kontraktor dan konsultan bertanggungjawab bagi pemasangan dan pembekalan paip gas cecair asli (LPG) yang dilaporkan antara punca kejadian letupan di pusat beli belah di Aeon Jusco di sini Isnin lepas, digantung serta merta bermula hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Nik Zulkifli Ibrahim berkata, penggantungan itu berdasarkan siasatan awal jabatan yang mendapati berlaku kecuaian prosedur operasi piawaian (SOP) dalam insiden itu.

"Letupan berlaku kerana terdapat kebocoran gas di sebuah outlet restoran Tea & Food di ruang medan selera pusat beli belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan penuh kejadian itu akan disiapkan dan dihantar untuk penilaian oleh kerajaan negeri dalam masa dua minggu.

Dalam insiden Isnin lepas, seorang maut manakala 20 cedera termasuk empat parah di pusat beli belah terbaru di Melaka yang berharga RM500 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan