Lebih 3,000 Dijangka Hadiri Sambutan Maal Hijrah

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih 3,000 orang dijangka menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1431H/2009M yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, esok.

Sambutan yang bertemakan "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah" itu akan dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Tema ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membina masyarakat bersatu padu berasaskan konsep 1Malaysia dengan membina perpaduan dan kekuatan bagi mencapai kegemilangan ummah berdaya saing dalam berhadapan arus globalisasi serta kemajuan sains dan teknologi masa kini.

Turut akan hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan menteri-menteri Kabinet.

Kemuncak sambutan anjuran Jakim itu berupakan pengumuman penerima dua anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kolongan tokoh Malaysia dan luar negara.

Penerima anugerah itu mempunyai pengetahuan luas dan mendalam tentang Islam, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Mereka masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan