Kerajaan Tanggung Upah Nelayan Asing RM100 Juta Setahun

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan terpaksa menanggung kos hampir RM100 juta untuk mengupah lebih kurang 30,000 nelayan asing yang bekerja dalam sektor perikanan di negara ini setiap tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Operasi), Suhaili Lee berkata, kerajaan sedang mengambil langkah bagi mengurangkan jumlah nelayan asing di negara ini dari semasa ke semasa bagi mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.

"Bayangkan, betapa banyak wang negara telah mengalir ke luar negara setiap tahun dalam bidang perikanan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kursus Pembangunan Nakhoda dan penyampaian sijil di Institut Perikanan Malaysia (IPM) Chendering, di sini hari ini.

Seramai 52 pelatih menerima sijil latihan masing-masing pada majlis itu.

Beliau berkata menjadi harapan kerajaan untuk mengurangkan kadar bilangan nelayan asing itu dari semasa ke semasa dengan memberikan kursus-kursus perikanan kepada anak-anak tempatan.

Untuk itu katanya, IPM sudah pun melatih lebih 500 nelayan tempatan di seluruh negara dalam pelbagai kursus perikanan sejak beberapa tahun lepas untuk mengurangkan kebergantungan kepada nelayan asing.

Suhaili berkata, kira-kira 30 peratus tenaga kerja dalam sektor perikanan negara kini dikuasai oleh nelayan-nelayan asing seperti Thailand dan Filipina.

Menurut Suhaili, dianggarkan sebanyak 1.3 juta tan metrik ikan bernilai kira-kira RM3.9 bilion didaratkan di seluruh negara setiap tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan