Kerajaan Perkenal Harga Baru Minyak Petrol Bagi Kenderaan Asing Mei 2010

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan dua harga berbeza petrol dan diesel bagi kenderaan tempatan serta asing dalam usaha mencegah kegiatan haram penyangak minyak yang mengaut keuntungan besar selepas membeli bahan api itu dengan harga murah di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan menetapkan harga baru itu selewat-lewatnya Mei depan.

Menurutnya, rakyat negara ini akan tetap menikmati subsidi dengan harga baru itu sedangan warga asing pula akan dikenakan harga tanpa subsidi.

Selain itu, beliau menegaskan, kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas pemilik kenderaan yang memiliki lebih 20 liter (l) bahan api tersebut termasuk kenderaannya juga akan dirampas.

"Mana-mana kenderaan yang kita syaki akan ditahan. Jika lebih 20l kita berhak untuk rampas dengan kereta-kereta sekali," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk Keluaran Koperasi Dan Pembiayaan Kereta Nasional-Usahasama Angkasa Dengan Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

Larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20l kepada kenderaan asing di stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer dari pintu sempadan negara berkuatkuasa semalam.

Dalam pada itu, ujar Ismail Sabri, pihaknya turut akan bertindak ke atas pengusaha yang didapati bersalah menjual minyak berlebihan dengan menarik balik lesen serta menutup stesen minyak serentak dengan pengenalan harga baru itu nanti.

Sementara itu mengulas mengenai pemantauan bagi mencegah kenderaan asing membawa keluar bahan apai itu lebih dari 20l, Ismail Sabri menjelaskan, pihaknya sedang giat melakukan di Rantau Panjang, sempadan Thailand.

"Pemantauan telah dijalankan di Rantau Panjang, kebanyakkan pengusaha mematuhi penetapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa," ujarnya.

Hasil dari pemantauan yang dijalankan, pihak berkuasa telah berjaya menahan seorang pengusaha stesen minyak di sana, katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah ekoran tindakannya didapati menjual bahan api itu sehingga kehabisan minyak seawal pukul 11 pagi.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan