Jabatan Penerangan Giatkan Usaha Jelaskan Mengenai 1Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Jabatan Penerangan akan menggiatkan lagi usaha untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung konsep 1Malaysia tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdullah Morad berkata, sehingga kini beliau berpuas hati dengan usaha keras yang dijalankan jabatan itu bagi memupuk kesedaran di kalangan orang ramai mengenai konsep berkenaan.

Katanya, selepas ini pihaknya akan meningkatkan lagi usaha di peringkat pemahaman dan juga penghayatan oleh seluruh masyarakat berhubung dengan konsep 1Malaysia.

"Kami mempunyai strategi tertentu untuk mendekati masyarakat supaya penyebaran maklumat dan kefahaman ini dapat diperluas lagi di seluruh negara,"katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan beliau dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan dengan kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan disebuah hotel di sini, hari ini.

Majlis perjumpaan itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke negeri-negeri dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan Jabatan Penerangan di seluruh negara selaras dengan visinya sebagai teras dan peneraju utama jentera perhubungan awam yang profesional dan berwibawa.

Abdullah dan rombongannya kemudian melawat Pejabat Penerangan Daerah Jelebu sebelum ke Komuniti Bestari (K-Bestari) di Kampung Gagu dekat ini.

Sementara itu, katanya pihaknya sedang membuat kajian untuk menambah K-Bestari yang sedia ada di seluruh negara berdasarkan kepada keperluannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan