Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan Beri Manfaat Kepada Pengunjung

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pengungjung mendengar penerangan berhubung Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menghadiri ketika hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI..
Pengungjung mendengar penerangan berhubung Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menghadiri ketika hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI..

PETALING JAYA: Hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GPT) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila orang ramai yang ditemui berpuas hati kerana memperoleh maklumat secara terus berkaitan perancangan kerajaan.

Tinjauan mStar Online di situ mendapati rata-rata pengunjung yang ditemui mengakui mereka teruja dengan pameran yang julung kali diadakan itu.

Pegawai di Jabatan Perdana Menteri, M.Yogitha, 25, berkata, banyak maklumat berguna yang diperolehnya sepanjang melawat pameran berkenaan.

“Saya lihat kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha menunjukkan bahawa mereka telus dalam memerangi isu rasuah dan mengurangkan kadar jenayah.

“Ini satu perkembangan yang positif. Dengan adanya pameran seperti ini, rakyat dapat melihat dengan lebih dekat, apa inisiatif yang digunakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah dalam isu sebegini,” katanya.

Beliau turut berharap, kerajaan akan mengadakan lebih banyak pameran sebegitu pada masa hadapan.

Sementara itu, Lung Sang Mei, 34, dari Khazanah Nasional berkata, beliau sangat tertarik dengan inisiatif dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang sangat penting, dan saya dapati ada beberapa insiatif dan cadangan baru yang dikemukakan untuk memajukan sektor pendidikan seperti mewujudkan sekolah asrama penuh berprestasi tinggi, ini satu perkara baru yang dapat kita lihat,” ujarnya.

Katanya, pameran tersebut merupakan pendedahan yang amat baik kepada mereka yang masih belum mengetahui mengenai konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagi, Nur Farihah Mansor, 23, pegawai penyelidik di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui beliau tidak jelas dengan konsep NKRA yang diwujudkan oleh kerajaan.

Justeru itu, Farihah berkata, peluang menghadiri hari terbuka GTP pada hari ini telah membantunya memahami dengan lebih jelas konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

“Saya ingin mengetahui dengan lebih jelas mengenainya. Sebelum ini saya memang kurang faham apa itu konsep NKRA.

“Selepas menghadiri sesi pembentangan kertas kerja yang dijalankan saya faham mengapa NKRA ini diwujudkan. Bagi saya inilah peluang terbaik untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat usaha dan insiatif kerajaan dalam usaha mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Deputi Supritendan Nawawi Mat Jusoh, 42, dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, kebanyakan pengunjung melahirkan kebimbangkan mereka terhadap peningkatan kadar jenayah ketika ini.

“Ramai pelawat yang datang ke gerai kami bersetuju dengan inisiatif-inisiatif yang dikemukan dan mereka mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana mereka yakin ia mampu mengurangkan kadar jenayah di tempat tinggal mereka.

“Ada juga yang mengemukakan cadangan, jadi, kita akan melihat dan menyesuaikannya dengan insiatif sedia ada. Jika apa yang dicadangkan itu lebih baik, maka kita akan berbincang dan menggunakan inisiatif tersebut bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini,” katanya.

Enam teras NKRA ialah membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan penambahbaikan pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan