H1N1: Waspada Lawat Negara Hemisfera Utara

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menasihati orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika melawat negara Hemisfera Utara semasa musim cuti sekolah ini berikutan peningkatan penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara-negara tersebut sejak minggu lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penularan jangkitan influenza A (H1N1) masih lagi aktif khususnya di negara-negara seperti Amerika Utara serta Eropah Timur dan masih berada pada fasa enam.

"Walaupun terdapat sedikit penurunan di Amerika Utara dan Eropah Timur, penularan jangkitan ini di Eropah Barat telah sampai ke kemuncaknya, lebih kurang 99 peratus kes influenza A yang dkesan di negara-negara Hemisfera Utara adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza A (H1N1)," katanya.

Katanya, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A (H1N1) di seluruh dunia sehingga 6 Disember adalah melebihi 9,596 kes iaitu meningkat sembilan peratus berbanding dengan minggu sebelumnya.

"Oleh yang demikian pada musim cuti ini, penduduk Malaysia yang ingin ke luar negara untuk melancong, membuat lawatan sosial atau urusan kerja khususnya ke negara-negara Hemisfera Utara hendaklah sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri dan langkah pencegahan seperti yang disarankan sebelum ini sekiranya lawatan tersebut tidak dapat ditangguhkan," katanya.

Beliau juga menasihatkan mereka yang mengalami simptom-simptom selesema sekembalinya dari luar negara, perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berdekatan, kerana jika mengambil mudah ia boleh mencetuskan gelombang kedua Influenza A (H1N1).

Katanya, sepanjang minggu dari 6 hingga 12 Disember, seramai 537 pesakit baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 503 kes telah didiscaj keluar.

Beliau berkata, kementeriannya akan terus memantau kejadian pandemik A(H1N1) pada tahun ini dan mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan atau mengabaikan langkah pencegahan yang diumumkan sebelum ini.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan influenza H1N1 serta langkah-langkah pencegahan boleh memperolehinya melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan