Shell M'sia Lantik Anuar Pengerusi Baru

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia telah melantik Mohd Anuar Taib sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Anuar, pada masa ini merupakan naib presiden Shell Upstream International Asia (Malaysia) dan pengarah urusan Sarawak Shell Bhd dan Sabah Shell Petroleum Company, akan menggantikan Datuk Saw Choo Boon yang akan memainkan peranan sebagai penasihat kanan kepada Shell Malaysia, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Sebagai pengerusi, beliau akan mengetuai Majlis Perniagaan Shell Malaysia dalam membentuk syarikat untuk pertumbuhan selanjutnya di Malaysia, serta mengekal dan mengukuhkan hubungan Shell dengan pelbagai pemegang kepentingan, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Case Western Reserve University, AS, dan MBA dalam Pengurusan Antarabangsa dari RMIT University, Melbourne, Australia.

Beliau menyertai Shell Malaysia pada 1990 sebagai jurutera penggerudian tapak telaga berpangkalan di Miri, Sarawak.

Beliau kemudiannya bertanggungjawab dalam pelbagai kapasiti dalam penggerudian dan penyelesaian, projek laut dalam, penilaian projek komersil, pemilikan dan pelupusan dan kontrak serta pemerolehan di Miri, Kuala Lumpur dan New Orleans.

Pada September 2009, beliau menjadi naib presiden (Malaysia) untuk Shell Upstream International Asia dan pengarah urusan Sarawak Shell Bhd/Sabah Shell Petroleum Company. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan