Sektor MICE Kunci Utama Lonjak Industri pelancongan Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sarawak sedang mengkaji untuk meneroka secara agresif segmen Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) bagi melonjakkan industri pelancongannya dalam pasaran domestik serta global.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, pelancong daripada sektor MICE dikenal pasti sebagai pelancong berkualiti yang akan membawa lebih banyak hasil kepada pendapatan negeri memandangkan ia menjana manfaat jangka pendek dan panjang.

"Kami sedang mengkaji supaya lebih banyak persidangan atau mesyuarat diadakan di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama peserta 'Bengkel Pembinaan Sahsiah Pemegang Kepentingan Pelancongan Sarawak' di sini hari ini.

Dr Chan yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan berkata, berdasarkan maklum balas daripada peserta terbabit hari ini, terdapat keperluan mendesak untuk memperbaiki prasarana di destinasi pelancongan popular di negeri ini supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pelancong.

"Wujud kebimbangan berhubung aspek keselamatan dan kami akan membincangkannya dengan pihak berkuasa yang berkaitan memandangkan masalah itu mengambil masa untuk diselesaikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan