Saya Belum Sedia Ganti Nik Aziz Sebagai MB - Ahmad

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan.

"Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar... ia bukan perkara main-main.

"Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan.

"Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja.

"Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

"Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan," katanya.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz ialah Mohd Amar dan seorang lagi exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan