Rumah Barkat Perlu Lebih Banyak Sumbangan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) di Jalan Bukit Cagar di sini, memerlukan lebih banyak bantuan dari pihak korporat untuk 93 anak-anak yatim di rumah itu.

Penyelia Rumah Barkat, Hendon Abdullah berkata, ini bagi memastikan nasib dan kebajikan anak-anak yatim di situ terbela dan memberi mereka peluang menikmati kehidupan yang baik seperti rakan mereka di luar sana yang mempunyai ibu bapa untuk bergantung hidup.

"Ada pihak korporat yang datang membantu memberi sumbangan tetapi jumlahnya adalah kurang," katanya.

Hendon berkata, orang perseorangan yang berkemampuan adalah golongan yang paling ramai datang memberi sumbangan dari segi wang tunai, makanan harian dan pakaian terpakai kepada penghuni Rumah Barkat.

Katanya, barangan persekolahan seperti pakaian sekolah, kasut, alat tulis dan buku adalah barangan penting yang turut diperlukan oleh penghuni berusia antara tujuh hingga 17 tahun itu.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melalui Kelab Kakitangan Bernama (KKB) baru-baru ini tampil memberi sumbangan kepada rumah tersebut.

Sebanyak 46 kampit beras lima kilogram dan kain yang merupakan harta karun yang diperolehi para peserta Kembara Bernama Tourism Malaysia baru-baru ini disampaikan kepada Rumah Barkat, di samping wang tunai RM500.

Pengurus Besar Bernama, Hasnul Hassan berkata, kembara mencari harta karun itu akan terus dijadikan platform rancangan tanggungjawab sosial korporat Bernama di mana peserta dimestikan mencari harta karun yang akan dihadiahkan kepada golongan kurang bernasib baik di rumah kebajikan dan rumah anak yatim di negeri destinasi kembara itu.

Mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Rumah Barkat boleh datang sendiri ke rumah itu di alamat No. 118, Jalan Bukit Cagar, Johor Baharu.

Sumbangan melalui kiriman wang juga boleh dibuat dengan menamakan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) sebagai penerima dan disertakan surat yang mengandungi butiran penderma.

Rumah Barkat boleh dihubungi di talian 07-2234664/2261511 atau layari laman web www.rumahbarkat.org. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan