Pengerusi AmBank Malaysia Diiktiraf Pada Anugerah Dubai

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim, menerima penghargaan dengan "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat", pada Anugerah Kewangan dan Perniagaan Islam Tahunan Keempat 2009 di sini, baru-baru ini.

Turut mengharumkan nama Malaysia ialah CIMB Islamic Bank yang merangkul anugerah dalam dua kategori iaitu Bank Perlaburan Islam Terbaik dan Bank Peruncitan Islam Terbaik.

Institusi dan inividu yang berpangkalan di rantau Teluk menggondol lebih daripada dua pertiga trofi yang disediakan, atau 19 anugerah.

Hadiah utama Bank Islam Terbaik dimenangi oleh Bank Islam Dubai Emiriyah Arab Bersatu bagi kali kedua. Bank itu memenangi anugerah tersebut pada 2007.

Ketua Eksekutif Kuwait Finance House, Mohammed Sulaiman AlOmar, dinobatkan sebagai "Tokoh Bank Islam Tahun Ini." Selain Malaysia, pemenang-pemenang lain adalah dari Pakistan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Luxembourg.

"Pertumbuhan menakjubkan industri kewangan Islam global terbukti dengan semakin sengitnya persaingan bagi anugerah ini," kata Ketua Eksekutif CPI Financial, penerbit majalah 'Islamic Business & Finance', Nigel Rodrigues.

Anugerah yang diiktiraf di seluruh dunia itu dilancarkan pada 2005, ekoran sambutan terhadap pertumbuhan hebat industri kewangan Islam, yang pada masa ini dianggarkan bernilai kirakira AS$840 bilion dan dijangka melebihi AS$1 trilion pada 2010.

Upacara anugerah yang diadakan pada Isnin itu menghimpunkan kira-kira 300 ahli profesional industri serantau dan global dari seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan