Nik Aziz Nafi Akan Rombak Exco

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurut beliau, khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar.

"Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengenai pertukaran beberapa pegawai kanan kerajaan, Nik Aziz berkata, itu adalah perkara biasa dalam memantapkan pentadbiran negeri.

Mengenai keputusan kerajaan negeri untuk membawa balik Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang sedang menerima rawatan di Singapura, Nik Aziz berkata, ia adalah satu langkah psikologi untuk mendekatkan ingatan rakyat Kelantan agar sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda.

"Faktor perbelanjaan atau kewangan adalah perkara kedua, tetapi yang nyata ialah psikologi minda rakyat terhadap Sultan dalam menghadapi suasana itu. Kalau tidak ada dalam negara bagi tempoh sebulan dua, itu perkara biasa," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu keputusan perubatan baginda sebelum langkah seterusnya diambil.

"Apa pun Tuanku Sultan akan dirawat di hospital yang dipilih dalam negara dan bukannya di Istana," katanya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau tetap memuji Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha Perdana Menteri membantu umat Islam di Selatan Thailand.

Menurutnya, beliau terpaksa akur dengan kebaikan seseorang itu walaupun orang itu merupakan musuh dalam politik.

"Mana boleh manusia ini buruk 100 peratus dan baik 100 peratus. Yang baik 100 peratus itu adalah malaikat, dan buruk 100 peratus itu adalah syaitan. Saya (kalau boleh) berusaha nak jadi malaikat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan