Najib Tiba Di Copenhagen Bincang Isu Perubahan Iklim

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu negara Denmark pada Rabu pagi untuk bersama-sama 100 pemimpin dunia menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengambil tindakan segera untuk menangani isuisu perubahan iklim.

Ketibaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Duta Malaysia ke Sweden Datuk Kamarudin Mustafa dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Persidangan Perubahan Iklim PBB, berlangsung dari 7 Disember sehingga Jumaat, berusaha mendapatkan komitmen politik daripada ketuaketua negara dan kerajaan termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, bagi menandatangani satu perjanjian lebih bermakna bagi menangani isuisu berkaitan.

Dua isu utama yang akan dibincangkan ialah pengurangan pengeluaran gas hijau dan penyediaan bantuan kewangan bagi negaranegara sedang membangun untuk beralih kepada teknologi hijau dan menyesuaikan diri dengan dunia yang semakin panas.

Najib dijadual menyampaikan ucapan esok untuk menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu menangani kesankesan pemanasan global yang semakin mengancam kehidupan manusia.

Perdana Menteri berkata Malaysia akan menawarkan sejumlah pengurangan "ketara" dalam pengeluaran karbon dioksida bagi menghentikan pemanasan global.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kehadiran Najib jelas menzahirkan akan kepentingan yang dilakukan Malaysia berhubung isuisu perubahan iklim.

Najib turut menjadikan iklim dunia sebagai keutamaan dalam bajet negara bagi 2010 apabila memperuntukkan dana RM1.5 bilion untuk menggalakkan teknologi hijau dan pembinaan bangunan mesra alam.

Malaysia telah menyaksikan kenaikan suhu antara 0.5 dan 1.5 darjah Celsius manakala garis pesisir pantai semakin sempit ekoran kenaikan paras air laut.

Menurut satu laporan PBB, pengeluaran karbon oleh Malaysia pada 2006 adalah sebanyak 187 juta tan atau 7.2 tan daripada setiap rakyat Malaysia, berbanding Indonesia, yang merupakan pengeluar ketiga terbesar dunia dengan 2.3 bilion tan.

Najib dan Rosmah akan menghadiri majlis makan malam dengan rakyat Malaysia di sebuah hotel di sini malam ini dan satu jamuan malam yang dihoskan oleh Ratu Denmark pada Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan