Mohd Anuar Dilantik Pengerusi Baru Shell Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia melantik Mohd Anuar Taib sebagai pengerusinya, berkuatkuasa 1 Januari, 2010.

Anuar, pada masa ini merupakan Naib Presiden Shell Upstream International Asia (Malaysia) dan Pengarah Urusan Sarawak Shell Bhd dan Sabah Shell Petroleum Company, akan menggantikan Datuk Saw Choo Boon yang akan memainkan peranan sebagai penasihat kanan kepada Shell Malaysia, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Sebagai pengerusi, beliau akan mengetuai Majlis Perniagaan Shell Malaysia dalam membentuk syarikat untuk pertumbuhan selanjutnya di Malaysia, serta mengekal dan mengukuhkan hubungan Shell dengan pelbagai pemegang kepentingan, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar merupakan pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Case Western Reserve University, AS, dan MBA dalam Pengurusan Antarabangsa dari RMIT University, Melbourne, Australia. Beliau menyertai Shell Malaysia pada 1990 sebagai jurutera penggerudian tapak telaga berpangkalan di Miri, Sarawak.

Beliau kemudiannya bertanggungjawab dalam pelbagai kapasiti dalam penggerudian dan penyelesaian, projek laut dalam, penilaian projek komersil, pemilikan dan pelupusan dan kontrak serta pemerolehan di Miri, Kuala Lumpur dan New Orleans.

Pada September 2009, beliau menjadi naib presiden (Malaysia) untuk Shell Upstream International Asia dan pengarah urusan Sarawak Shell Bhd/Sabah Shell Petroleum Company. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan