Malaysia Perlu Manfaatkan Sumber Asli

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya sumber bio tempatan melalui pemprosesan bernilai tambah dan penghasilan produk baru, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Brigedier Jeneral Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

"Sekarang, kita sepatutnya sudah sedar bahawa melalui pemprosesan bernilai tambah dan penghasilan produk baru daripada sumber bio asli yang kita miliki, kita boleh berjaya terutama dalam industri kesihatan, alat solek dan makanan," kata Dr Kamarudin dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beberapa negara maju dan membangun telah berjaya menafaatkan sumber bio yang mereka peroleh dari tempat lain bagi meraih keuntungan melalui kegiatan komersial.

"Kita pula tidak menghiraukan apa yang ada di depan mata kita. Penggunaan kejuruteraan bioproses dengan teknologi terkini dan idea inovatif akan menghasilkan kehidupan berkualiti serta mampu memenuhi keperluan sejagat," katanya.

Menurut beliau, sekiranya Malaysia melaksanakan misi ini dengan penuh komitmen, negara ini serta negara lain di rantau ini akan berada di barisan hadapan dalam penghasilan produk yang menggunakan sumber bio seperti produk biomaterial, bioenergi, baja bio dan farmaseutikal bio bagi pasaran tempatan dan global.

Dr Kamarudin berkata, negara di rantau ini kaya dengan sumber bio asli yang belum diterokai.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa baru-baru ini, UniMAP menganjurkan Persidangan Antarabangsa Malaysia mengenai Arah Aliran Dalam Kejuruteraan Bioproses (MICOTriBE 2009) selama tiga hari yang bertemakan 'Menambah Nilai Sumber Bio Asli Melalui Kejuruteraan Bioproses' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Persidangan itu dihadiri lebih 70 peserta yang terdiri daripada para penyelidik dari institusi pendidikan dan industri, termasuk dari Thailand, Korea, India, Pakistan, United Kingdom dan Malaysia, jelas kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan