Kolej Perubatan, Kejururawatan Akan Dibuka Di Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu meluluskan dua permohonan untuk menubuhkan kolej kejururawatan dari University Of Technology New Zealand dan kolej perubatan, Royal College of Surgeons di Ireland (RCSI).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kedua-dua kolej berkenaan yang akan memulakan operasinya tahun depan, akan ditempatkan di Taman Ilmu di Besut yang mempunyai kemudahan seperti perpustakaan, asrama dan sebagainya.

"Perjanjian mengenai penubuhan kolej kejururawatan akan ditandatangani pada Januari tahun depan sementara pihak RCSI akan mengadakan lawatan ke Terengganu untuk melihat sendiri kemudahan tersebut pada bulan depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut beliau, Untuk kursus perubatan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar Malaysia malah membabitkan penuntut dari luar negara kerana perbelanjaan mungkin lebih rendah.

Ahmad berkata, Terengganu menghantar 150 penuntut mengikuti kursus perubatan ke luar negara pada setiap tahun terutamanya ke Indonesia walaupun kos di negeri ini agak tinggi berbanding di Indonesia tetapi RCSI memang telah diiktiraf dunia.

Taman Ilmu mempunyai keluasan kira-kira 280 hektar di mana keperluan untuk kedua-dua kolej berkenaan akan dilihat dahulu mungkin kira-kira 16 hektar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad akan ke China untuk berunding bagi menubuhkan Pusat Bahasa Inggeris di Taman Ilmu supaya penuntut dari negara itu boleh ke sini untuk belajar Bahasa Inggeris.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Rustam Yahya supaya berunding di peringkat awal dengan universiti di China dalam bidang teknologi maklumat (IT), kejuruteraan dan sebagainya bagi membolehkan membawa mereka belajar di sini.

Kolej kejururawatan yang akan dibuka pada Julai depan boleh menampung pelajar sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan