Kerajaan Pertimbang Vasakhi Dalam Kalendar Perayaan Tahunan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbang untuk memasukkan perayaan Vasakhi, perayaan tahun baru bagi kaum Sikh yang disambut pada 14 April setiap tahun, dalam kalendar perayaan tahunan Kerajaan Malaysia.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie berkata, kerajaan bersedia untuk menimbang perkara berkenaan dengan tujuan untuk mempromosi budaya kaum Sikh di negara ini.

"Bagi perayaan kaum minoriti termasuk Vasakhi yang disambut pada setiap 14 April, kementerian boleh memberi kerjasama dari segi promosi untuk pertingkatkan penyebaran maklumat mengenai program tersebut supaya dapat dihayati oleh kaumkaum lain," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Daljit Singh meminta supaya Vasakhi dimasukkan dalam kalendar perayaan tahunan kerajaan Malaysia.

Heng berkata, pada ketika ini kementerian memberi tumpuan pada enam perayaan di peringkat nasional iaitu majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Kaamatan Bajau dan Gawai Dayak.

Heng menjelaskan untuk membolehkan perayaan tersebut layak dimasukkan dalam kalendar berkenaan, perayaan tersebut perlu dominan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan