Kementerian Pelancongan Promosi MACS Di Singapura

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Pelancongan akan memperhebatkan promosi penggunaan Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) kepada rakyat Singapura bagi menarik lebih ramai rakyat republik itu melancong ke negara ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, MACS yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dijangka dapat menarik lebih banyak kemasukan pelancong kerana memudahkan urusan keluar masuk.

"Pemegang MACS mendapat faedah dari pemprosesan mengautomasi Imigresen yang lebih cepat melalui akses lorong keluar dan masuk khas dan terkecuali daripada keperluan menyiapkan kad ketibaan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini hari ini.

Ng berkata, Tourism Malaysia di Singapura akan mengadakan seminar mengenai penggunaan MACS kepada operator pelancongan negara itu bulan ini bagi menjayakan penggunaan sistem berkenaan.

Beliau berkata, pemohon MACS dikenakan bayaran RM30 untuk tempoh setahun dan disyaratkan memasuki Malaysia sekurangkurangnya empat kali sebulan.

Beliau berkata berdasarkan rekod, kira-kira 500 rakyat Singapura telah memiliki MACS sejak ia diperkenalkan Julai lepas.

Seramai 10.5 juta pelancong Singapura direkodkan memasuki negara ini bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas berbanding 9 juta orang bagi tempoh yang sama tahun lepas, katanya.

Sementara itu, Ng berkata, kementerian akan meningkatkan kemudahan di BSI untuk warga emas dan kanakkanak termasuk penyediaan taman permainan mini dan tempat duduk.

"Kami mahu pelancong gembira dan merasakan kedatangan mereka ke negara ini dihargai," katanya sambil menambah kementerian juga akan mengadakan kajian mengenai kemudahan di BSI bagi menambahbaik kemudahan sedia ada terutama pada musim perayaan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan