JKR Anjur Program Keselamatan Penunggang Motosikal

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya akan menganjurkan program keselamatan jalan raya 'Road Survival' untuk penunggang motosikal di Lembah Klang.

Ia bertujuan melatih penunggang motosikal tentang cara menghadapi bahaya di jalan raya seperti ketika berlaku tayar pancit, kewujudan lubang dan sebagainya.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh berkata, program itu akan mengajar penunggang motosikal tentang kemahiran dan pengetahuan untuk menangani detik cemas semasa di jalan raya.

"Kami akan mengajar mereka bukan saja jadi penunggang dan pembonceng yang berhemah tetapi melebihi daripada itu. Untuk memberi mereka pengalaman dan latihan tentang cara menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan.

"Latihannya termasuk bagaimana cara untuk menunggang ketika tayar pancit, brek tidak berfungsi, jalan licin dan tidak rata," katanya. Suret berkata, latihan akan diadakan Ahad ini di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak di sini dan orang ramai termasuk ahli kelab motosikal dijemput hadir.

Program itu juga katanya akan diperluaskan di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan