Jamaluddin Rasmi Program Rakyat Melalui Sidang Video

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Dunia tanpa sempadan. Itulah yang dibuktikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis untuk sentiasa berada dekat bersama rakyatnya di Rompin apabila merasmikan satu program di sini hari ini secara langsung dari Amerika Syarikat (As) menerusi satu persidangan video.

Program Literasi Undang-Undang Etnik Minoriti yang diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin dirasmikan Jamaluddin melalui sidang video yang dipancarkan di hadapan lebih 300 penduduk Orang Asli sekitar Rompin, yang berlansung selama 10 minit.

Dalam sidang video berkenaan, Duta Besar Malaysia ke Amerika itu berkata, beliau berada di Washington dan keadaan di sana pada masa itu hujan dan pukul 10 malam.

"Saya sekarang berada di Washington DC, Amerika di mana Presiden Barrack Obama tinggal dan di sini pada masa ini adalah malam serta hujan, tidak seperti di Rompin yang ketika ini pagi dan cuacanya cerah," katanya.

Mengenai majlis berkenaan, beliau berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerana memilih Rompin untuk mengadakan program itu.

Katanya, penduduk Orang Asli di daerah itu hendaklah mengambil kesempatan untuk meluahkan apa saja masalah yang dihadapi mereka kepada Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk ditangani segera terutamanya yang berkaitan dengan undangundang.

"Saya minta Jabatan Pembangunan Wanita dan JHEOA supaya tolong tengok-tengokkan Orang Asli di tempat saya kerana ramai di kalangan mereka berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak ramai dan rakyat saya perlu mengadukan masalah mereka kerana kita ada undang-undang," katanya.

Jamaluddin berkata, bahawa beliau akan pulang ke Rompin pada Januari depan dan memberi jaminan akan segera pulang sekiranya daerah itu dilanda bencana banjir.

Sementara itu, Pengarah Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian KPWKM, Elfian Satria Yaacob berkata, program itu merupakan program yang julungjulung kalinya diadakan khas untuk Orang Asli, dengan Rompin merupakan lokasi pertama program.

"Seramai 324 Orang Asli dari sembilan buah kampung sekitar daerah ini dipilih untuk menjayakan program ini," katanya.

Program sehari itu bertujuan memberi kesedaran di kalangan lelaki dan wanita tentang keganasan terhadap wanita serta cara menanganinya, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan