Jalan Sekitar Padang Kota Lama Ditutup Esok Untuk Petronas Cub Prix

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Lima jalan di sini akan ditutup mulai malam esok sehingga 5 pagi Isnin ini untuk perlumbaan motosikal Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2009.

Lima jalan itu ialah Pengkalan Weld menuju ke Lebuh Light, Lebuh Farquhar menuju ke Lebuh Light, Lebuh Pantai menuju ke Lebuh Light, ke Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan ke Jalan Pengkalan Weld, Lebuh King menuju Lebuh Light dan Lebuh Light menuju Lebuh Penang.

Satu kenyataan hari ini menyebut jalan yang akan diubah untuk dijadikan litar perlumbaan ialah Lebuh Light, Jalan Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Lebuh Duke.

Menurut kenyataan itu, laluan bagi RapidPenang bagi bas bernombor 103, 204 dan 502 pula akan terjejas dengan penutupan jalan itu, iaitu yang menggunakan Lebuh Chulia untuk menuju ke Pengkalan Weld.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu perjalanan bas RapidPenang dan maklumat pertukaran laluan boleh menghubungi talian 04-2381313 dari 5.30 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan