Isu Dakwaan Perlis Amal Wahabi: Mahfuz Bukan Pegawai JAIS

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mahfuz Mohamad adalah Ahli Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), bukannya pegawai JAIS .

Sehubungan itu Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi ketika menjelaskan perkara itu menegaskan, JAIS tidak wajar dikaitkan dalam isu dakwaan yang mengatakan fahaman Wahabi di Perlis sebagai sesat.

"Ingin saya perbetulkan, Ustaz Mahfuz bukanlah pegawai JAIS, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Tauliah MAIS.

"Jadi tak perlulah kaitkan JAIS dalam isu ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Mohamed Khusrin, dakwaan kononnya fahaman Wahabi sebagai sesat mungkin hanya satu salah faham.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Perlis, Jefperi Othman semalam bahawa kerajaan negeri itu sedang memperhalus kenyataan yang mengaitkan fahaman Wahabi di Perlis sebagai sesat.

Jefperi dilaporkan berkata, setakat ini Perlis belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengambil tindakan perundangan terhadap Mahfuz atau JAIS.

Sementara itu, Mohamed Khusrin menegaskan JAIS tidak pernah menyamakan fahaman Wahabi sebagai ajaran sesat.

"Walaupun Ustaz Mahfuz bukan bercakap bagi pihak JAIS, tapi kami ingin tegaskan bahawa JAIS tidak pernah mengangap Wahabi sebagai sesat.

"Wahabi adalah satu fahaman, ia tidak sesat. Sama juga dengan mazhab-mazhab yang ada dalam Islam, ini tidak bermakna jika seseorang itu mengamalkan mazhab yang berlainan dengan kita dia dianggap sesat," katanya.

Tambah Mohamed Khusrin lagi, JAIS sedia memberi penjelasan yang terperinci kepada JAIP berhubung perkara berkenaan.

"Kami sedia beri penjelasan jika Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mahukannya, tak ada masalah bagi kita untuk berbuat demikian.

"Perkara ini tak perlu diperbesarkan, kita hanya perlu berbincang... mungkin hanya salah faham," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan