Huan Keluar Parti Gerakan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan beliau keluar dari parti itu kerana tidak sehaluan dengan dasar parti dan bakal sertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

"Semua maklum mengenai penggantungan saya selama tiga tahun kerana membangkitkan komen secara terbuka terhadap kepimpinan parti dan sebagai naib presiden, saya tidak boleh membangkitkan isu kepada ahli parti, jadi tidak ada gunanya saya terus berada dalam parti.

"Saya rasa perkara lain ialah kerana saya agak popular di dalam parti kerana dalam pemilihan terakhir, saya bertanding jawatan naib presiden dan tidak berada dalam senarai calon popular dan kemudiannya saya menang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Huan berkata, beliau tidak nampak mengenai kesalahan serius yang dilakukannya dalam parti kecuali mengeluarkan komen terbuka kepada pimpinan sehingga beliau digantung tiga tahun oleh jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Menurut Huan, beliau telah mengemukakan surat pada dua minggu lepas meminta CWC menarik kembali penggantungan tersebut namun beliau mendengar khabar angin bahawa beliau akan dipecat. "Saya rasa lebih baik saya pecat mereka sebelum mereka pecat saya," katanya.

Ditanya apakah langkah beliau selepas ini, Huan berkata, beliau akan menganggotai sebuah parti baru.

"80 peratus dah diputuskan dan saya akan mencari parti yang cintakan negara iaitu PCM," katanya yang mendakwa mempunyai kirakira 6,000 keahlian yang kebanyakannya di Pulau Pinang dan Sarawak.

Sementara itu, presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika ditanya mengenai keputusan Huan itu hanya berkata "Selamat berjaya kepada Huan dan selamat berjaya kepada PCM, itu saja" . - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan