Dr M Selar OIC Kerana Gagal Menyatu-padukan Umat Islam

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kerana pertubuhan itu gagal dalam menyatukan umat Islam.

"Ia sering digunakan untuk menekan antara bahagian dunia Islam. Percanggahan yang berlaku diantara negara-negara anggota adalah begitu ketara sebagai menyingkap perpecahan dikalangan mereka," kata bekas Perdana Menteri semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Perpaduan Muslim Kedua di sini.

Dr. Mahathir yang masih menyandang jawatan Perdana Menteri ketika negara selaku tuan rumah persidangan OIC pada 2003 berkata, masalah ini berlaku apabila negara yang menganggotai OIC lebih mementingkan dan memberi keutamaan terhadap negara masing-masing daripada agama Islam itu sendiri. "Sebagai sebuah pertubuhan, OIC tidak berupaya untuk menimbang perkara yang berkaitan dengan injunksi agama atau menunjukkan minat terhadap agama itu sendiri.

"Kesamarataan injunksi antara negara Islam bahawa seluruh orang Islam itu adalah bersaudara tidak boleh mengatasi keutamaan terhadap negara mereka," katanya.

Tambah Dr Mahathir, OIC bekerja dalam satu asas konsensus dan bukan kondusif dalam membuat keputusan untuk pertubuhan itu.

Beliau menyarankan supaya membentuk satu rangkaian pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) untuk mengembalikan persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam tanpa mengira mazhab atau perbezaan.

Menggunakan NGO sebagai penggerak untuk perpaduan Islam, katanya, fokus mempromosikan persaudaraan antara umat Islam patut diberi tumpuan, menghindari salah faham atau syak wasangka, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, serta penekanan terhadap sistem pendidikan yang lebih baik.

NGO Islam, tambahnya, harus melancarkan kempen bersepadu untuk menghentikan mentaliti membalas dendam yang boleh membawa kepada permusuhan yang membuta-tuli.

"Umat Islam amat marah. Dalam kemarahan, mereka akan menghentam sesiapa sahaja, termasuk terhadap umat Islam yang lain. Mereka meletupkan diri sendiri untuk membalas dendam, membunuh secara rambang tanpa menyedari mereka sebenarnya membunuh lebih ramai umat Islam daripada musuh.

"Setelah mereka kehilangan segalanya, apa yang mereka dapat? Tiada apa yang dapat menghentikan musuh mereka dari terus membunuh dan menindas mereka, katanya.

Umat Islam perlu membuat perancangan dan strategi yang jelas dalam bergelut mencapai kejayaan, tambah bekas Perdana Menteri.

"Kita harus bersedia untuk menerima kesatuan yang separa jika penyatuaan secara total tidak dapat dicapai, namun masih banyak yang boleh dilakukan," katanya lagi.

Hari ini, umat Islam telah dipecahkan kepada banyak cabang mazhab dimana sering bertelagah diantara satu sama lain.

"Pengebom-pengebom berani mati yang berlainan mazhab menyerang antara satu sama lain, membunuh ratusan umat Islam yang lain pada satu masa.

"Mereka mungkin percaya mereka akan menjadi syahid dan pergi ke syurga tetapi boleh kita percaya jika secara terang-terangan mereka menentang perintah Quran dimana umat Islam itu tidak harus membunuh umat Islam yang lain?

"Islam yang sebenar harus menghentikan pergaduhan, mengurangkan pembahagian dan membentuk kembali persaudaraan dan perpaduan," tambahnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan