DBKL Ganti Tiang Lampu Elak Runtuhan Tembok

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekoran kejadian tembok penahan condong dan hampir runtuh ke jalan yang dikhuatiri akan membahayakan pengguna di Lot 8224, Laman Tunku, di sini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, antara tindakan itu ialah mencabut tiang lampu yang condong dan menggantikannya dengan dua tiang baru di seberang jalan bagi mengelak runtuhan tembok penahan itu menjadi lebih teruk.

"Kita juga telah menutup separuh Jalan Dataran Tunku dengan kon dan tali," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian itu di sini, hari ini.

Katanya, DBKL turut mengeluarkan sebahagian tanah tambakan di belakang tembok itu dan memindahkannya ke kawasan lain bagi mengurangkan beban kepada tembok penahan tersebut.

Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil berikutan tiada sebarang usaha pemilik tanah bagi membaik pulih tembok itu walaupun DBKL telah mengeluarkan notis supaya mereka bertindak dalam tempoh 48 jam pada 7 Disember lepas.

"Kita sudah keluarkan notis kepada pemilik tanah, namun masih belum ada apaapa tindakan diambil selepas tempoh 48 jam, jadi DBKL terpaksa bertindak segera demi keselamatan penduduk sekitar."

Salleh berkata, DBKL juga telah melantik Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk membuat kajian bagi mengenal pasti keselamatan tembok penahan berkenaan dan melantik kontraktor untuk kerjakerja membaik pulih mengikut pandangan IKRAM.

"Kajian ini akan siap selewatlewatnya hujung minggu ini atau awal minggu depan dan kita akan terus memantau keadaan tembok itu sepanjang tempoh 24 jam dengan menempatkan 12 orang pasukan penyelamat yang bertugas secara bergilirgilir dalam tiga syif," katanya.

Beliau berkata, DBKL akan menuntut semula kos membaik pulih tembok penahan itu daripada pemilik tanah. Tinjauan Bernama mendapati tembok setinggi lima meter itu condong ke jalan dan hampir runtuh berikutan tidak mampu menampung beban tanah yang ditambak di kawasan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan