Bank Islam Teroka Tanah Wakaf Bagi Pembangunan Hartanah

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Bhd sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk meneroka tanah wakaf yang berpotensi untuk dikomersilkan sebagai pembangunan hartanah.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, tanah wakaf yang telah dikenal pasti bakal dimajukan menjadi pembangunan perumahan mahu pun pejabat.

Bagi tujuan itu katanya, Bank Islam juga telah bekerjasama dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Yayasan Wakaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk meneroka tanah-tanah wakaf yang berpotensi.

"Kami telah menemui beberapa Majlis Agama Islam untuk mengenal pasti bidang kawasan yang lebih luas untuk dimajukan," katanya.

Pembangunan Menara Wakaf di Jalan Perak, yang bakal menempatkan cawangan Bank Islam kata Zukri, boleh dijadikan satu ikon wakaf di negara ini.

Tanah wakaf tersebut yang berada dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah dibangunkan oleh TH Technologies Sdn Bhd untuk menjadi bangunan pejabat kelas A, setinggi 24 tingkat.

Bank itu katanya, turut merancang untuk membuka 10 cawangan baru tahun hadapan bagi memenuhi permintaan terhadap produknya yang semakin meningkat.

"Kami telah mengenal pasti enam lokasi bagi cawangan baharu kami, yang termasuk di Alor Setar, Bukit Jelutong dan Seri Petaling," katanya selepas melancarkan cawangan Bank Islam yang ke95 (Cawangan Kota Damansara) di sini.

Bank itu, dijangka membelanjakan antara RM600,000 hingga RM700,000 bagi setiap cawangan baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom turut hadir bagi merasmikan pembukaan cawangan baru itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan